Latar belakang Shamsul_Iskandar_Md_Akin

Beliau dilahirkan di Hospital Melaka pada 29 Disember 1974. Ayahanda Hj. Mohd Akin bin Ayim (meninggal dunia pada 6 Ogos 2007) dan bonda Hjh. Halimah binti Hj. Kidam (meninggal dunia pada 14 Jun 1989. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik.

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 2003 dan mempunyai 3 orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki.

Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau adalah seorang berkelulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[6]